Kami bertolak lewat dari Alor Star sebab Maryam ada aktiviti di Masjid Sultanah Bahiyah. Ada pertandingan mewarna. Alhamdulillah, Maryam menang lagi tahun ni. Bertolak pukul 3 ptg dan sampai kampung lebih kurang pukul 9 mlm. Gembira betul abah dan emak, kami dah sampai...
Hari Rabu kami rehat di rumah... Masak2, makan2.. Petang, anak2 ajak jalan. Kami bawa mereka ke Jusco Bukit Tinggi. Selalu, dulu2 tentu kami bawa mak dan abah sama.. Tapi mak tak nak ikut dah pergi jalan2, abah pun tak pergi jugak. Anak2 beli buku latihan di Popular - bagi ada aktiviti sepanjang bercuti ni...
Hari Khamis, bawa mak pergi Klinik Kesihatan untuk rawatan ulangan darah tingginya. Semua bagus setakat ini.. Balik dari klinik, kerah anak2 supaya tidur. Malam bawak anak2 pergi i-City. Gembira betul mereka..
Petang Jumaat, kami pergi Pantai Morib. Tempat yg kerap kami kunjungi masa kecik2 dulu. Banyak yg dah berubah. Kali ni, kami bawak jugak mak dan abah. Sekadar duduk2 tepi pantai dan makan2. Anak2 kecewa tak dapat mandi laut. Air pasang petang tu sampai ke tebing. Untuk mengubat hati mereka, baba belikan mereka layang2 dan main puas-puas... Sampai dah nak dekat Maghrib, kami pun balik rumah..
Pagi dalam pukul 2 lebih, adik sekeluarga sampai.. Esoknya, buat sarapan nasi lemak, bekal balik ke Alor Star.. Sampai Alor Star pukul 7 mlm dan pukul 9 mlm - arghhhhh - naik bas ke Kelantan. Sungguh sekejap percutian itu. Tapi cukup puas hati dapat melawat kedua ibu bapa tercinta....